Pages

Saturday 13 October 2012

Sejarah Batik Di Malaysia

Batik

Batik merupakan salah satu kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik merupakan merupakan satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyai titik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada perkataan yang berdetik atau ‘tik-tik’. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’ yang membawa maksud proses menghasilkan batik.




Sejarah

Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.


Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu. 

Berikut adalah sejarah kraf batik:


2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi

Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China
Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di Melaka
Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu
1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926
1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di Kelantan
Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utama
Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia



0 comments:

Post a Comment